Tuesday, July 24, 2012
#Rezeki Ramadhan#
ASSALAMUALAIKUM: Buat semua muslimin dan muslimat selamat menjalankan ibadah puasa,moga puasa tahun nie penuh dan dapat banyak pahala.....Hari nie masuk puasa yang ke 5....anak-anak semuanya alhamdulillah masih berpuasa lagipun mama dia nie garang tak de terkecuali semua kena puasa,sebab semuanya o.k tak sakit dan semuanya dah besar.Makanan berbuka pula semuanya sedap2 yang ada terjual di bazar ramadhan,apa taknya mcm2 kuih ada temasuklah lauk pauk,roti john,boleh dikatakan semuanya ada kecuali ayah dan ibu jer takde jual kat situ....HAHAHA....Nafsu anak2 semuanya nk beli pantang tengok mesti nak,pastu tak habis terbuanglah jawabnya......Dalam bulan puasa nie lah nak banyakan beramal,semoga mendapat keredhaannya .amin.....Semalam turun bawah sbb tinggal kat apartment tengok peti surat ada surat penting URUSAN SERI PADUKA BAGINDA,bederau darah ingatkan surat apa rupanya surat anak dapat tawaran masuk asrama penuh,ALHAMDULILLAH.Tapi anak tak mahu sebab dah suka sek kat sini,kita pun mainkanlah peranan mulalah aski pujuk memujuk,barulah dia nak pergi sbb ini semua utk masa depannya,Untuk pengetahuan dia pernah keMRSM sebelum nie tapi dia taknak sbb terlalu jauh,ke MRSM PENGKALAN HULU...Tak ker jauh nya,mcmana nak pergi tengok nanti,dengan berat hati dia nak balik kita pun pergilah ambik memang masa tu terasa rugi sangat...Bukannya senang nak dapat masuk ke MRSM tu...Lepas keluar dari MRSM tu sekolah kat sini semula,sekarang dapat semula asrama penuh pastu dalam bulan puasa pula memanglah kesian tapi ini rezeki dan demi masa depan dia juga...Lagipun dekat SEREMBAN.Nama sekolah tu SEKOLAH MENENGAH DATO' ABDUL RAZAK,SUNGAI GADUT SEREMBAN.Dekat dgn kampung JELEBU...senang nanti kalau nak balik kampung,harap2 dia boleh menyesuaikan diri kat sana nanti,kita pun kena berkorban,relakan dan lepaskan dia pergi untuk menimba ilmu supaya bila dah besar nanti boleh jadi pembimbing untuk adik2 yang lain,sbb dia adalah anak yang sulung lelaki pulak tu,saya kena redha dgn keputusan nie...30 HB 7 nie tarikh pendaftaran masuk memang cepat sangat....Moga-moga anak mama sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T selalu,Pandai2lah jaga diri dah berkawan......jadilah yang terbaik dikalangan yang baik.....amin.wasalam.MAMA SAYANG ABANG(RAFFIEE).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment